YAKEB Bawa Kenneth Jalani - Keeogo Robotic Treatment
Di sini Kenneth telah diberikan rawatan terapi menerusi kaedah Keeogo Robotic Treatment, satu kaedah canggih yang memaksimumkan peluang pemulihan setiap persakit, khusus untuk mereka yang sedang pulih daripada strok, kecederaan otak, kecederaan saraf tunjang dan gangguan neurologi lain.
Ketepatan robot boleh memberi manfaat terutamanya dalam kes yang memerlukan pemulihan yanh sangat fokus, seperti memulihkan pergerakan halus dalam kecederaan otak atau neuromuskular.
Antara produk yang diginakan untuk proses pemulihan di pusat berkenaan termasuklah dermoskeleton yang dilengkapi Ortosis bermotor pintar bagi membentu pesakit seperti Kenneth yang mengalami masalah bergerak dan berjalan.
01 Dec 2024

